Azlee Senario dikejarkan ke IJN

Pelawak dan pelakon Azlee Senario kini dikejarkan ke Institusi Jantung Negara (IJN) difahamkan akibat komplikasi jantung, sebentar tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan pelakon juga pelawak, Ropie Cecupak menerusi Instagram tanpa memperincikan masalah kesihatan pemilik nama lengkap Muhammad Azlee Jaafar, 56, itu.

Mohon doakan Azlee, dia sekarang berada di Hospital Sungai Buluh dan dalam perjalanan ke IJN,” katanya sambil menunjukkan tangkap layar berita mengejutkan itu.

Dalam masa sama, Ropie atau nama asalnya Zahid Tajuddin, 57, turut memohon doa ramai agar Azlee diberi kesihatan baik selepas mendapatkan rawatan.

Marilah bersama kita mendoakan semoga teman kita Azlee Senario diberikan sepenuh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan,” ujarnya.

Meninjau ruangan komen, rakan-rakan artis terkejut dengan berita tersebut dan turut berdoa kesembuhan pelawak terbabit.

Allahuakhbar, semoga Allah berikan kekuatan kepada Azlee. Insya-Allah doa kami tidak putus untuk abang,” kata Azhan Rani.

“Ya Allah, kau kabulkan segala doa yang baik-baik untuk sahabat kami. Semoga Allah berikan kesembuhan yang luar biasa,” ujar Liza Abdullah.

Sebelum ini, Azlee dilihat sangat aktif dan sihat dalam melakukan siaran langsung dalam TikTok untuk meraih pendapatan sampingan. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok