Anak hadiah tarian Quizas sempena ulang tahun ke-38 Jovian

Sempena meraikan ulang tahun kelahiran ke-38, pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie menerima pertunjukan tarian Quizas daripada anak perempuanya, Jeanelle Nika Mandagie.

Jovian menyambut hari istimewa itu dengan penuh rasa bermakna dan bersyukur.

38, alhamdulillah saya bersyukur dengan rahmat Allah. Terima kasih kepada semua,” katanya ringkas menerusi Instagram.

Beberapa selebriti Nur Fazura dan Rozita Che Wan turut menitipkan ucapan selamat hari jadi buat pereka fesyen tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan di ruangan Insta Stories, memperlihatkan anak perempuannya mengenakan gaun putih mempamerkan tarian istimewa itu buat bapanya.

Malah, Jovian turut bertanyakan apakah yang dimasudkan dengan perkataan Latin itu.

“Tajuk lagunya Quizas. Apa maksudnya perhaps (mungkin),’ katanya.

Untuk info, Jovian sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan anak bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Ismail Sabri pada 11 Disember 2013.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jeanelle Nika Mandagie.

Pasangan itu bagaimanapun berpisah sekitar Ogos tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok