Amboi! Sakan Afifah Nasir jadi Karisma Kapoor

MEMANG ‘masuk air’ dan tak kering gusi dibuatnya apabila Afifah Nasir mengundang perhatian dengan meniru tarian hindustan dalam Instagram baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Afifah menari tarian ‘signature’ yang dilakukan Salman Khan dan Karisma Kapoor dalam muzik video Pyar Dilon Ka Mela Hai yang menghiasi filem Dulhan Hum Le Jaayenge.

Gelagatnya itu membuatkan ramai netizen terhibur malah tidak kurang juga meminta dia menari bersama suami, Syed Hariz.

Aduh masuk air betullah Afifah! Ingatkan skirt nak terlondeh, rupa-rupanya memang fesyen baju begitu.

“Selepas ini tolong menari dengan suami pula!” seloroh netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok