Ada kejutan untuk anda semua – Ruhainies

Pelakon sensasi Ruhainies memberi bayangan akan berkongsi sesuatu yang bakal mengejutkan orang ramai dalam waktu terdekat.

Begitupun, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, tidak memperincikan butiran perkara yang ingin didedahkan.

Hal yang akan saya kongsikan mungkin akan mengejutkan anda semua,” katanya menerusi Instagram Story.

Namun perkongsian yang disertakan emoji bunga mawar layu itu dipadamkan beberapa jam kemudian.

Menerusi perkongsian lain, pelakon drama rantian, Terjerat itu menyentuh pula beberapa perkara yang perlu menjadi privasi individu dalam Islam.

Ruhainies menyenaraikan butiran dimaksudkan menerusi paparan semula pesanan daripada sebuah akaun islamik dalam platform sama.

Soal dosa, dosa orang lain, isu keluarga, hal rumah tangga, amal ibadah, pendapatan, perancangan, amanah, pencapaian dan kesusahan tidak perlu dikongsikan,” tulisnya.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan berkhalwat namun dibebaskan dengan jaminan.

Susulan kes itu, Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail memaklumkan kertas siasatan kes khalwat terbabit sudah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok