PENYANYI Na Yoon-kwon mengejutkan pengikut setianya dengan mengumumkan bakal bergelar bapa selepas dua bulan berkahwin.
Berita gembira itu dikongsikan jejaka berusia 40 tahun itu dengan memuat naik foto ultrasound dalam Instagram miliknya.
Hello, ini bayi saya. Kekal sihat dalam perut ibu, dan mari kita bertemu pada bulan Disember.
“Ayah sudah tidak sabar bertemu dengan awak wahai anakku, moga baik-baik sahaja membesar dalam perut ibu.” tulisnya ringkas.
Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut, namun dalam masa sama mengucapkan tahniah kepada idola kesayangan mereka itu.
Wah, cepatnya hamil. Syukur, tahniah dan selamat menjalani fasa baharu dalam kehidupan” komen seorang peminat.
“Tahniah! Semoga bayi dalam kandungan sihat dan lahir dengan sempurna,” demikian komen seorang lagi netizen. – HIBGLAM