Zarina Zainuddin syukur anak dapat 6A SPM

“ALHAMDULILLAH Adam dapat keputusan SPM 6A 2B+.”

Demikian perkongsian menggembirkan pelakon pelakon Zarina Zainuddin yang memaklumkan putera bongsunya, iaitu Muhammad Adam Azrai berjaya meraih 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pagi tadi.

Pemilik nama sebenar Zarina Mohd. Zainuddin, 54, itu menzahirkan rasa syukur apabila anaknya itu mendapat keputusan membanggakan.

“Sebagai seorang ibu itu pun saya sudah bersyukur. Ibu tidak pandai biarlah anak pandai.

“Semua ibu bapa mengharapkan anak berjaya. Saya doakan anak-anak kita semua berjaya,” ujarnya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Adam atau nama penuhnya,  Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, 18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama mengambil lapan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM.

Dalam hantaran sama, Adam dilihat mendapat gred A dalam subjek Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains dan Sains Sukan.

Manakala subjek Bahasa Melayu dan Prinsip Perakaunan pula mendapat keputusan B+ Kepujian tertinggi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok