Zara Zya jauhkan diri demi rasa tenang

SEJAK kebelakangan ini, banyak perkara berlaku terutama dalam dunia khususnya industri seni tanah air. Kalau dilayan semuanya, memang boleh ‘naik gila’ juga sebenarnya.

Mungkin setiap orang perlukan ruang dan cara terbaik ialah jauhkan diri daripada mana-mana individu yang terlibat dalam kontroversi dan sebagainya.

Rupa-rupanya Zara Zya pun turut mempraktikkan hal sama iaitu menjauhkan diri demi menjaga kesihatan mental.

“Menjauh daripada orang yang merosakkan kesihatan mental kita itu bukan egois tetapi demi menjaga diri sendiri.

“Bukan memutuskan silaturahim, itu adalah satu ikhtiar untuk menyihatkan jiwa,” katanya dalam platform Threads.

Tapi Zara tidak pula berkongsi secara terperinci dia sebenarnya menjauhkan diri daripada siapa.

Baguslah begitu, daripada suka menyibuk hal tepi kain orang kemudian digelar ‘kepochi’. Jadi, lebih baik menjauh daripada hati dan fikiran kita pula yang sakit.

DIVA: Sakit perut gelak tengok gelagat anak dara Che Ta, Aaisyah Dhia Rana bersiap. Kalah mak dia!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok