Yeonjun derma RM180,000 bantu bomba

Mahu menyumbang kembali kepada masyarakat, anggota kumpulan TXT, Yeonjun berbesar hati telah menderma RM180,000 kepada Yayasan Hallym Burn untuk menyokong kebajikan anggota bomba.

Memetik kenyataan yayasan tersebut, sumbangan Yeonjun akan digunakan untuk menyokong perbelanjaan perubatan anggota bomba dan program rawatan yang dikenali sebagai Program Trauma 119 Ahli Bomba.

“Terima kasih kepada Yeonjun yang murah hati memberi sumbangan, bukan sahaja berbakat dalam muzik tetapi mempunyai sikap empati dan simpati yang sangat tinggi.

“Diharapkan sikap baik Yeonjun menjadi contoh dan refleksi kepada lebih ramai lagi artis dan orang ramai,” ujarnya.

Program tersebut dibangunkan Yayasan Hallym Burn sekitar tahun lalu dengan bantuan profesor psikiatri Lee Byung-chul untuk merawat anggota bomba yang sering terdedah kepada tekanan akibat trauma berkaitan kerja. 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok