‘Watak protagonis jadikan saya muslimah lebih baik’

KETIKA ramai meledak dengan watak antagonis, pelakon Sweet Qismina pula menzahirkan rasa syukur apabila menerima tawaran watak yang membawa kepada kebaikan.

Kata pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi, 26, bukan sahaja kebaikan, dia juga sentiasa meletakkan harapan agar diberi peluang menjayakan watak yang mendorongnya menjadi individu lebih baik.

Kadang-kadang rasa bersyukur dapat lakonkan watak-watak yang ada kebaikan.

“Saya sentiasa berdoa agar diberikan watak yang membawa ke arah keagamaan,” katanya dalam InstaStory baru-baru ini.

Tambah isteri pelakon, Adam Lee itu, perkara itu juga dilihat dapat menjadikan dirinya seorang wanita muslim yang lebih baik kelak.

Saya juga percaya itu adalah salah satu cara Allah SWT gerakkan hati untuk menjadi seorang muslimah lebih baik.

“Semoga sentiasa istiqamah duhai diri,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok