[VIDEO] Tegur biar beradab, ikut cara Islam – Siti Nurhaliza

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyelar tindakan segelintir pihak memaki hamun dan memalukan selebriti tempatan yang disenaraikan dalam kempen Blockout 2024.

Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Taruddin, 45, berkata, andai mahu menegur haruslah beradab seiring dengan tujuan kempen tersebut dilakukan.

Tidak baguslah cara tersebut. Agama Islam ajar jika mahu mengajar atau menegur orang mestilah beradab.

“Kalau tidak suka diam. Boleh buat sesuatu (Blockout 2024) tetapi tidak perlu sampai memalukan dan memaki orang.

Kita mahu buat perkara yang mempertahankan agama, jadi harus ikut cara agama kita. Seperti saya kata tak suka boleh ‘block’ dan diam,” ujar Siti.

Penyanyi lagu Anta Permana itu bagaimanapun enggan memberi sebarang komen tentang selebriti lain yang terbabit dalam isu Blockout 2024.

Kempen ini adalah trend dari luar negara dan telah masuk ke Malaysia. Cuma saya tidak mahu sentuh tentang artis lain sebab masing-masing mempunyai alasan dan sebab tersendiri,” ujar Siti.

Dalam pada itu, Siti menyambut baik kempen memboikot produk antarabangsa yang berkaitan dengan Israel kerana akan memberi ruang kepada produk tempatan berkembang.

Semua orang ada pilihan masing-masing. Jika tanya saya sebagai seorang usahawan baguslah, sekurang-kurangnya produk tempatan akan mendapat sokongan, secara tidak langsung boleh berkembang,” kata Siti.

Siti ketika majlis minum petang Mum2Mum Farm Fresh bersama Siti Nurhaliza di The Acre by Farm Fresh, hari ini.

Menyentuh tentang isu Palestin, Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K sudah lama memberi sokongan menerusi platform Yayasan Nurjiwa.

Bahkan bantuan dan sokongan itu turut dilakukan sebelum Gaza kembali bergolak pada 7 Oktober lalu.

Apa yang saya lakukan adalah salah satu usaha. Sebagai orang Islam kita dituntut mempertahankan agama dan saudara Islam yang ditindas dengan kekejaman.

“Menerusi platform Yayasan Nurjiwa kami mempunyai kemampuan untuk salur bantuan ke Gaza. Itu saya dan suami cuba lakukan untuk agama dan jihad kita,” tutur Siti lagi.

Siti ditemui pada majlis minum petang Mum2Mum Farm Fresh bersama Siti Nurhaliza di The Acre by Farm Fresh di sini sebentar tadi.

Dalam majlis tersebut Siti yang juga duta kepada Farm Fresh turut berkongsi pengalamannya membesarkan kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Selain itu, turut diadakan perkongsian khasiat susu tepung rumusan kanak-kanak Farm Fresh Grow yang telah dilancarkan baru-baru ini. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok