[VIDEO] Muaz Zabir berang Aliff Aziz ‘petik’ lagi namanya

PELAKON Muaz Zabir kesal apabila penyanyi Aliff Aziz masih ‘memetik’ namanya berhubung isu curang dengan Bella Astillah yang dikongsi dalam sebuah temu bual podcast baru-baru ini.

Dedah Muaz, dia sudah berhubung dengan Aliff dan berulang kali memohon maaf selain menganggap penyanyi itu bukan seorang lelaki sejati apabila terus mengungkit isu tersebut berulang kali.

“Takkan selama ini saya bercakap (berhubung dalam WhatsApp) dengan hantu? Kami memang berhubung dan saya boleh tunjuk dia maki hamun saya selama kami mencapai kesefahaman.

“Bagi saya, isu ini sepatutnya sudah lama selesai. Kenapa dia masih tidak puas hati dan tak perlulah nak tularkan dalam media sosial. Dia sangat tak ‘gentleman’.

“Dia minta saya jangan kecohkan perkara ini selain sudah membuat perjanjian awal supaya hal ini tidak didedahkan kepada orang lain, tapi lain pula berlaku.

“Saya sudah minta maaf padanya November tahun lalu dan itu ini tidak sepatutnya diungkit lagi,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama peminat sempena Karnival Jom Heboh di sini, hari ini.

Tambah Muaz, Aliff dilihat seperti mempunyai niat tidak baik terhadapnya dan Bella berdasarkan mesej perbualan WhatsApp antara Aliff dan individu dikenali NRF seperti yang ditularkan oleh pelakon Didi Astillah.

“Kalau dia nak buat laporan polis atau membawa kes ini ke mahkamah mengenai isu saya dan Bella, saya juga ada bukti kami sudah selesaikan perkara ini dengan cara baik.

“Terbaharu menerusi pendedahan Didi kita semua melihat perbualan dia dan NRF mengenai sudah tiada peluru untuk menyelamatkan diri.

“Mereka ada peringkat untuk jatuhkan kami, Sudah-sudahlah saya dah minta maaf. Saya pun dah tarik diri daripada kemelut ini. Apa lagi yang dia tak puas hati,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Kuih Muah Aliff supaya berhenti memburukkan dan mengheret lagi namanya dalam kemelut yang meledak ketika ini.

“Saya tiada hak untuk cakap apa-apa kepadanya tapi harap dia dapat fikir sendiri kerana dia lebih matang.

“Saya doakan yang terbaik untuk dia dan apa jua tindakan yang dibuat saya harap benda itu membawa kebaikan kepadanya.

“Namun jika tindakan anda (Aliff) tiada kebaikan kepada diri sendiri, janganlah pula bawa keburukan kepada orang lain. Saya rasa ini tidak patut,” ujarnya.

Terdahulu Aliff menerusi temu bual podcast yang bersiaran dalam YouTube menceritakan kembali hubungan yang terjalin antara Bella dan Muaz sekitar Oktober tahun lalu.

Malah Aliff mempersoalkan tindakan Muaz yang didakwa mengganggu isterinya. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok