[VIDEO] ‘Ira kazar hamil? Saya tak tahu, tanya tuan badan’

SAYA tidak boleh komen apa-apa benda yang saya tidak tahu.”

Demikian respons penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam terhadap perkhabaran isteri anaknya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sudah berbadan dua.

Kata Yusof, 70, dia tidak mahu kenyataannya disalah tafsir dan menyinggung banyak pihak terutama isteri, Datin Fatimah Ismail dan anaknya.

Saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya tidak mahu memberi sebarang penjelasan kerana ada banyak hati yang perlu dijaga.

“Kami juga sudah lama terputus hubungan (tidak berkomunikasi). Ini adalah kali pertama saya mendengar berita ini. Satu keluarga juga tidak tahu mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana filem Ngesot, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui berasa kurang senang apabila media sering bertanyakan perihal keluarga terutama tentang perkahwinan kedua anak sulungnya itu.

“Jujur saya katakan, saya rimas tetapi sebagai selebriti, kita tidak boleh membelakangkan wartawan. Bagaimanapun, jawapan itu tetap ada batasnya.

Jika ingin mendapatkan kesahihan berita itu, lebih baik bertanyakan kepada tuan punya badan.

“Sama ada saya atau isteri, kami tidak mengikuti akaun media sosial dia. Jadi kami tidak tahu. Disebabkan itu saya tidak boleh beri sebarang komen,” ujarnya.

Meskipun Syamsul sering dihimpit kontroversi, Yusof mengaku tetap menyayangi anaknya dan sentiasa memberi sokongan terhadap setiap karya yang dihasilkan.

“Saya tidak mahu beri penjelasan sebab bimbang ada salah faham. Saya tidak mahu ada pihak salah anggap, Syamsul salah tafsir.

Saya sayang anak-anak dan datin juga sayang dengan anak-anak. Kadangkala media bertanya saya perlu jawab jujur. Tetapi, itu bukan bermaksud kita merendahkan sesiapa.

“Sebagai orang tua saya sayang anak saya. Mustahil saya hendak merendah-rendahkan dia. Selepas ini filem baharunya, The Original Gangster akan keluar.

Sebagai orang tua saya mendoakan dia berjaya. Meskipun bukan terbitan Skop Production, saya tetap memberi sokongan penuh kepada filem baharunya itu,” katanya.

Difahamkan Yusof dan Syamsul sudah tidak bertemu empat mata sejak setahun lalu.

Terdahulu, heboh khabar angin mengatakan Ira kini hamil. Malah, ada dakwaan mengatakan Syamsul mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan isterinya.

Bagaimanapun, usia kandungan Ira tidak diketahui.

Sebagai rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar yqng juga merupakan anak kepada aktor Kazar Saisi pada 6 Januari 2023 di Thailand.

Sebelum ini Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok