PENGACARA Ain Edruce sekali lagi mencuti hati netizen dengan aksi nakal menyakat suaminya, Amirul Hafiz yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok.
Menerusi hantaran tersebut, Ain atau Nurulain Edruce, 32, menarik tangan Amirul dan meminta pengikut menjaga suaminya itu kerana dia mahu ke bilik anak sulung mereka, Soraya.
Kalian, tolong jagakan Amirul sekejap, nanti saya datang balik,” kata Ain seraya meninggalkan suaminya sendirian.
Dalam riak wajah bingung, Amirul bagaimanapun menurut permintaan isterinya itu.
Ada apa ini? Sayang, jaga apa?” tanya Amirul yang hanya berdiri tegak.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan tersebut dan meninggalkan pelbagai komen lucu.
Ambil balik kak, kami tak mahu jaga yang ini,” kata netizen.
“Kalau ya pun, tinggallah botol susu. Muka member macam nak menangis,” ujar peminat.
Aduh buka Tiktok kena jaga Amirul pula,” kata seorang netizen lagi.
Setakat ini, video berdurasi 45 saat itu telah meraih lebih 5 juta tontonan dan menerima 400,000 tanda suka serta 10,000 komen sejak dimuat naik. – HIBGLAM
@ain.edruceThank you jagakan gais ❤️