Uyaina timang cahaya mata kedua

PENGACARA Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya matanya kedua hari ini.

Berita gembira tersebut dikongsikan suaminya yang juga penyanyi, Raja Syahiran menerusi sebuah hantaran menerusi Instagram.

“Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi.

Bonda juga selamat sedang berehat selepas bertarung nyawa demi anakanda tercinta. Semoga Raja Urhan (anak sulung) menjadi seorang kekanda yang baik menjadi teladan buat adinda.

“Tiada apa yang dipinta selain doakan kesejahteraan kami sekeluarga hingga akhir waktu. Raja U?,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pasangan itu bagaimanapun, merahsiakan nama cahaya mata mereka yang kedua dengan meletakkan tanda soal bagi mencetuskan teka-teki dalam kalangan netizen.

Sebelum ini, Uyaina dan Syahiran mengumumkan mereka sekali lagi bakal menimang anak lelaki.

Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan kini berusia dua tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok