Utamakan keselamatan, Puteri Sarah jadi ‘driver’ anak

KERISAUAN yang tinggi terhadap keselamatan anak membuatkan pelakon Puteri Sarah Liyana sanggup berulang-alik ke sekolah hampir setiap hari walaupun mampu mengupah pemandu.

Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia sanggup menggalas tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil dua zuriat tersayang, Syaikhul dan Sumayyah ke sekolah meskipun jadual kerja sangat padat.

“Sekarang, rutin saya selepas bangun subuh akan kejutkan Syaikhul bangun tidur dan suruh dia mandi.

“Kadang-kadang dia menangis, saya mandikan dan siapkan kemudian hantar ke sekolah.

“Selepas hantar Syaikhul, saya akan telefon Sumayyah pula sama ada dia sudah siap atau belum, nak hantar dia pula,” katanya dalam sebuah video.

Berkongsi lanjut, dia mengambil pendekatan tersebut kerana khuatir dengan keselamatan anaknya seperti terlibat dalam kemalangan dan sebagainya.

“Memang boleh cari pemandu tapi yang dia hantar itu adalah anak-anak saya, nyawa saya.

Tidak boleh kalau berlaku apa-apa, kemalangan ke. Saya akan rasa bersalah seumur hidup.

“Kalau bukan saya yang hantar, adik atau ibu saya yang akan lakukan,” ujarnya.

Sarah sebelum ini disahkan bercerai dengan bekas suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof pada 13 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul dan Sumayyah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok