MELAHIRKAN anak pada usia 46 tahun, pelakon Choi Ji-woo, mengakui kehadiran cahaya matanya itu telah mengubah perspektifnya secara mendalam tentang kehidupan dan proses menjadi seorang ibu.
Ujar aktres itu, dia ingin menepis dakwaan kononnya mengandung lewat usia akan merisikokan kandungan atau anak yang dilahirkan bakal cacat.
“Saya menggelarkan diri saya sebagai ikon bersalin di usia tua. Saya memberi semangat dan kesedaran kepada orang lain walaupun bersalin pada umur 40-an, anak tetap sihat.
“Pokok pangkalnya, kita sebagai manusia, kita jangan buat kerja Tuhan, dia lebih tahu segalanya.
“Apapun, dengan kehadiran cahaya mata, saya benar-benar berasa hidup saya telah menjadi lebih lengkap. Menjadi ibu telah membentuk diri saya daripada bersikap individualistik kepada seseorang,” ujarnya dalam sebuah rancangan temu bual. – HIBGLAM