THSS: Aisha Retno juara minggu ketiga

KUALA LUMPUR – Lincah dan penuh cabaran, penyanyi Aisha Retno berjaya menambat hati juri sekali gus diangkat sebagai juara minggu ketiga The Hardest Singing Show (THSS) malam tadi.

Kemenangan Aisha sekali gus melayakkan dirinya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

Bertemakan Mega Dansa, Aisha mempersembahkan lagu asal nyanyian kumpulan K-Pop, Baby Monster berjudul Sheesh yang berjaya menundukkan tujuh peserta lain.

Bagaimanapun, tiada sebarang penyingkiran berlaku pada minggu ketiga sekali gus menyaksikan kesemua peserta mara berentap ke minggu keeempat dengan tema Rota Sing.

THSS turut disertai Aepul Roza, Ayda Jebat, Zizie Kirana, Stacy, Kaka Azraff, De Fam dan Putera Muhammad.

Sementara itu, Stacy berjaya memenangi anugerah Alha Alfa yang dipilih berdasarkan undian peminat berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.

Pertandingan ini diadili Edry Abdul Halim, Datuk Seri Rossa dan Zizan Razak manakala Nabil Ahmad dan Rina Nose serasi bersama sebagai pengacara. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok