Tertekan, RM mahu mati

BUKAN mudah menjadi ketua. Demikian situasi dilalui anggota kumpulan BTS RM yang berasakan pelbagai tekanan apabila menggalas tanggungjawab itu.

Sekian lama memendam perasaan, RM atau nama sebenarnya Kim Nam-joon akhirnya terbuka hati untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum.

Bersama BTS, saya sentiasa perlu bercakap dengan betul, berdiri untuk kumpulan di hadapan semua orang.

“Apa yang orang harapkan daripada saya adalah ucapan, temu bual, berbahasa Inggeris dan bercakap sebagai minoriti tetapi seperti anda tahu, saya hanya seorang lelaki Korea berusia 29 tahun yang tidak penting,” katanya.

Dalam masa sama, tekanan yang dirasai pernah membuatkan dirinya rasa mahu mati.

Kami melalui perkara ini selama 10 tahun. Pada satu ketika, kami perlu menjadi lebih baik dan berbeza daripada orang lain.

“Saya sayang BTS kerana ini adalah kumpulan muzik tetapi disebabkan kena ambil berat tentang pandangan orang lain membuatkan saya fikir mahu mati,” jelasnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok