Tak sempat nikah, bapa Fazreen Rafi meninggal dunia

PELAKON Fazreen Rafi mendedahkan hasrat bapanya, Mohd Rafi untuk melangsungkan perkahwinan pada Sabtu ini tidak kesampaian apabila meninggal dunia Isnin lalu.

Kata Fazreen, 38, persiapan telah diadakan memandangkan majlis tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Sabtu ini sepatutnya arwah papa Faz nikah. Semua persiapan sudah dibuat. Sehari sebelum arwah meninggal, kami adik-beradik kemas dan bersihkan rumah sewa baharu, rumah pengantin.

“Selepas itu kami berbincang mengenai siapa yang akan menjadi jurucakap, siapa yang bakal jadi pengapit pada majlis itu nanti.

Pelbagai lagi yang kami bincangkan. Tetapi, kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Allah sebaik-baik perancang,” katanya dalam Instagram Stories.

TANGKAP layar perkongsian Fazreen mengenai pemergian Allahyarham bapa tercinta pada Isnin lalu.

Tambah pelakon drama Spa Q itu lagi, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.20 petang selepas mengadu tidak sihat dan mengalami batuk berdarah.

“Papa ada cakap hendak makan bubur. Lepas papa berehat di katil dan adik Faz ada bertanya sama ada boleh bangun, papa jawab macam mana hendak bangun dari katil.

“Adik Faz kemudian angkat ke atas katil dan nampak ada ada darah keluar masa batuk. Kemudian papa minta air dan adik pergi ambil. Selepas itu papa sudah tiada,” katanya.

Terdahulu, Fazreen kehilangan bonda tercinta yang meninggal dunia pada 28 Mei 2020. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok