[VIDEO] ‘Tak patut! Ikut trend sampai sanggup maki hamun’

TINDAKAN kutuk mengutuk memang tidak baik. Apa yang kita cakap mencerminkan diri kita.”

Demikian pandangan penyanyi Wani Kayrie terhadap tindakan segelintir netizen melontarkan sumpah seranah terhadap selebriti tempatan yang disenaraikan dalam gerakan Blockout 202

Kata Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 24, kecaman membabi buta menyebabkan ada dalam kalangan selebriti terpaksa mengeluarkan bukti melakukan kebaikan sehingga risau boleh jatuh riak.

Tidak buat hantaran tidak bermakna mereka tak mendoakan. Sampai ada selebriti sanggup keluarkan resit buat sumbangan. Risau boleh jatuh riak.

“Tidak baik apabila sesama Islam kita melaga-lagakan. Blockout bagi pandangan saya adalah trend luar tetapi orang kita terlampau mengikut trend sampai sanggup memaki hamun dan jatuh hukum sendiri,” katanya kepada HibGlam semasa majlis sidang media Program Innovathon musim kedua semalam.

Kongsinya lagi, perbuatan mengherdik dan menghina walaupun seseorang selebriti salah tidak patut dilakukan kerana boleh menanam rasa kebencian dalam kalangan masyarakat.

“Sebenarnya kita ada hak sama ada mahu buat hantaran atau tidak,  mahupun marah orang yang tidak berbuat demikian tetapi jangan sampai membenci, menghina dan mencaci.

Ada orang tidak boleh terima tomahan kerana boleh jejas mental dan ada juga jenis tak kisah.

“Bagi saya, perbuatan tersebut boleh pecah-belahkan manusia. Memang tidak patut dan kalau mahu tegur biarlah secara peribadi,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai pandangan mengenai keperluan seseorang selebriti membuat hantaran mengenai kesusahan rakyat Palestin, pelantun lagu Kamu Kamu itu menjelaskan bahawa tindakan tersebut terserah kepada pilihan masing-masing.

Pandangan peribadi saya, semua manusia ada hak memilih platform untuk bersuara atau tidak tidak tetapi sebagai umat Islam semestinya kita kena ada simpati dan prihatin terhadap saudara di sana.

“Rasanya tidak menjadi salah kalau kita buat hantaran atau tidak, banyak atau sedikit. Yang penting kita tahu apa kita pernah buat.

Pilihan masing-masing untuk bertindak dengan cara apa sekali pun, sama ada derma atau doa sudah cukup baik,” jelas anak jati Sabah itu.

Sejak beberapa hari lalu, wujud kempen Blockout 2024 dalam media sosial bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk didakwa menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok