Sufian Suhaimi, Rania Al Sadat kembali bercinta?

“KALAU sudah ‘get back’ (jalinkan hubungan semula), baguslah. Biasalah gaduh-gaduh manja.”

Demikian komen netizen apabila penyanyi Sufian Suhaimi dikatakan kembali bercinta dengan bekas kekasihnya, Rania Al Sadat.

Khabar angin tersebut mula diperkatakan selepas sebuah video berdurasi 25 saat menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai Sufian bersama seorang wanita di festival makanan.

Usaha HibGlam mendapatkan kenyataan pelantun lagu Semua Tentangmu itu belum berhasil apabila Sufian dikatakan sibuk menjalani penggambaran ketika dihubungi.

Dalam masa sama, hasil pemerhatian mendapati Sufian dan Rania dilihat saling mengikuti semula akaun Instagram masing-masing.

Ini sekali gus menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka kembali bertaut selepas putuh cinta April lalu.

Sebelum ini, impian penyanyi berusia 32 tahun itu mendirikan rumah tangga sekali lagi tidak kesampaian apabila  hubungannya dengan wanita berusia 23 tahun itu terlerai pada minggu kedua Ramadan.

Spekulasi mengatakan Sufian sudah putus cinta dengan Rania timbul apabila mereka tidak lagi mengikuti antara satu sama lain dalam Instagram.

Pada Januari lalu, Sufian berkongsi berita gembira mengesahkan pihaknya menghantar rombongan merisik Rania sekitar  Oktober tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok