Shuib tak boleh samping senget sikit – Watie Hanifiah

ISTERI kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengakui semakin mengenali suaminya selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Kata Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, Shuib sangat menitikberatkan hal penampilan termasuk solekan isteri sehingga boleh menganggu mood seharian.

“Dekat setahun dah kahwin, makin hari makin faham yang mummy ada suami yang cerewet sangat.

“Bukan samping dia sahaja tidak boleh senget sikit tetapi solekan mummy kalau ‘crack’ (rosak) pun dia boleh hilang mood.

“Selagi mummy tidak ‘touch up’ (solek semula), selagi itulah mulut dia bebel pasal solekan mummy. Aduhai daddy,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Rata-rata peminat teruja melihat telatah pasangan terbabit selain bersyukur dengan layanan diberikan Shuib kepada Watie.

“Alhamdulillah, ada suami yang ambil berat keadaan isteri. Ada suami yang tudung isteri senget pun dia tak tegur,” kata pengikut.

“Syukur dapat suami begitu, ambil berat antara satu sama lain. Semoga hubungan hinga jannah kalian berdua,” jelas peminat.

Terdahulu, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu selepas hampir dua tahun ahli perniagaan itu menduda.

Shuib atau Shahmira Muhammad berkahwin dengan Siti Sarah pada 2011, namun penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 9, dan Ayash Affan kini berusia tiga tahun. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok