Sharifah Zarina melenting laksa Sarawak dipersenda bau jamu

AMBOI kak, seronoknya gelak. Rasa jamukah laksa Sarawak?”

Itu reaksi penyanyi Sharifah Zarina apabila seorang wanita mempersenda juadah Sarawak.

Hal tersebut tercetus susulan wanita itu menutup hidung semasa menikmati hidangan popular Bumi Kenyalang yang didakwa berbau seperti jamu.

Rasa jamukah laksa Sarawak? Sebab itulah kami orang Sarawak kulit mulus, putih dan gebu.

“Kakak perasan tak kalau di Kuching, cantik-cantik sahaja tidak kira lelaki atau perempuan,” sindirnya dalam video TikTok.

Geram dengan insiden berkenan, pelantun lagu Langit Ke Tujuh itu turut menyarankan wanita terbabit membawa pulang pes laksa supaya dapat kekal cantik seperti masyarakat Sarawak.

Kami tak makan jamu dalam botol, kami terus minum kuah laksa Sarawak.

“Dekat sana, buka mata sahaja makan laksa. Petang dan malam pun sama.

Kakak tidak mahu bawa balik pes laksa Sarawak? Manalah tahu tiba-tiba boleh jadi gebu dan mulus. Selamat mencuba!,” ujarnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan kata-kata Zarina mengenai kecantikan orang Sarawak.

Betul, orang Sarawak memang cantik dan kacak. Tidak dapat dinafikan,” kata pengikutnya.

“Saya makan laksa Sarawak sedap. Kenapa dia cakap bau jamu?,” soal netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok