Seok Rak-won tinggalkan ATBO

TERPAKSA mengecewakan peminat, penyanyi Seok Rak-won membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan ATBO atas sebab kesihatan.

Perkara tersebut disahkan sendiri agensinya iaitu IST Entertainment yang mengumumkan melalui media sosial rasmi mereka bahawa idola berusia 20 tahun itu tidak lagi bersama kumpulan tersebut.

“Rak-won telah berehat sejak Mac tahun ini kerana kegelisahan melampau dan dalam proses untuk mendapatkan rawatan sepatutnya.

“Selepas perbincangan mendalam dengan ahli kumpulan dan Rak-won, kami membuat keputusan untuk mengutamakan keadaan kesihatan artis dan lebih fokus kepada pemulihannya.

“Dengan itu, Rak-won tidak lagi bersama ATBO,” jelas agensi tersebut.

ATBO kini meneruskan karier muzik mereka dengan enam ahli iaitu Oh Junseok,Ryu Junmin, Bae Hyunjun, Jeong Seunghwan, Kim Yeonkyu dan Won Bin. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok