Seksi melampau, Giselle dikecam peminat

SEMASA membuat kemunculan dalam rancangan aneka ragam Amazing Sunday, penyanyi Giselle menjadi tumpuan disebabkan pakaiannya yang mencolok mata.

Baju putih yang digayakan jelas mendedahkan bahagian belakang dan kelihatan seperti sehelai kain yang hanya diikat dengan tali.

Pemilihan pakaiannya juga sangat meresahkan peminat kerana ahli kumpulan Aespa itu perlu menari dalam rancangan tersebut.

Rata-rata peminat sangat kecewa melihat keseksian melampau Giselle dan mula menyalahkan penata rias penyanyi berumur 24 tahun atas apa yang terserlah di atas pentas.

“Saya sangat kecewa dengan pakaian Giselle. Penata riasnya sudah gilakah?” soal peminat.

“Tidak sesuai langsung baju seperti itu dipakai dalam rancangan televisyen,” ujar pengikut.

“Baju tersebut hanya menutup bahagian hadapan sahaja. Saya takut kalau baju itu terbuka semasa dia menari,” kata peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok