Sarah Yasmine nak dedah apa lagi!

KETIKA semua sibuk dengan isu Blockout, tiba-tiba Sarah Yasmine meroyan lagi dalam Instagramnya baru-baru ini.

Dalam perkongsiannya, Diva boleh nampak tahan kebencian Sarah pada Ruhainies sehingga digelarnya pelakon itu sebagai puaka miang.

Hasil ‘penyelidikan’ Diva, luahan tersebut dimuat naik Sarah kerana bengang apabila Ruhainies dikatakan menipu dan berlagak seperti mangsa sementelah Aliff Aziz pula tidak habis-habis gunakan isu Muaz Zabir untuk jatuhkan Bella Astillah.

Diva malas nak peningkan kepala tapi terpaksa ambil tahu. Kata Sarah, dia ada lagi beberapa bahan yang hendak dikongsi kepada umum mengenai Ruhainies nanti.

DIVA: Terlalu ketara lihat ada artis yang sebelum ini galak jadi bahan promosi jenama mewah pro- Israel, tiba-tiba menggelupur kongsi tentang Palestin.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok