Sah Si-hoo kekasih Ailee

SPEKULASI kononnya penyanyi Ailee bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya dalam masa terdekat kini meledak dalam media sosial.

Khabar angin tersebut bagaimanapun menjadi nyata apabila pihak pengurusannya mengesahkan bahawa teman lelaki Ailee disebut-sebutkan itu sememangnya pelakon juga peserta program Single Inferno, Choi Si-hoo.

Secara peribadi, pelantun lagu I Will Go to You Like the First Snow itu memberitahu dia sebenarnya menunggu waktu tepat untuk berkongsi soal perkahwinan dengan peminat.

Kendatipun kecewa apabila khabar angin itu tersebar, namun penyanyi berusia 39 tahun itu tetap rasa bersyukur apabila peminat mendoakan kebahagiaannya bersama si kekasih hati.

“Saya bercadang untuk berkongsi berita gembira ini apabila tiba masanya.

“Awalnya saya agak kecewa tapi sokongan anda semua buatkan saya ingin berkongsi kegembiraan ini dengan semua orang,” tulisnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok