Ryeowook satukan Super Junior

PENYANYI Ryeowook baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Ari iaitu bekas ahli kumpulan TAHITI.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila majlis perkahwinannya berjaya mengumpulkan kesemua 15 ahli Super Junior.

Pertemuan semula tersebut secara tidak langsung dapat melepaskan kerinduan peminat terhadap Hangeng, Kibum dan Kangin yang sudah lama tidak muncul depan khalayak.

Rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja dan terharu melihat keakraban kesemua anggota kumpulan itu biar jarang dapat bersua muka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok