Rose, Jennie buli pengawal peribadi

SEMASA berada di New York, penyanyi kumpulan Blackpink iaitu Rose dan Jennie didakwa membuli pengawal peribadi mereka.

Perkara itu hangat diperkatakan apabila kedua-dua penyanyi terbabit dilihat seronok bergosip di jalanan sambil membiarkan pengawal peribadi mereka memegang payung sepanjang jalan.

Rata-rata netizen menganggap Rose dan Jennie menyalahgunakan kuasa.

Selepas teruk dikecam netizen dalam media sosial, Rose terkesan dan bergegas pulang ke Seoul beberapa hari kemudian. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok