Rebecca O’Connor ‘hidupkan’ Tina Turner

PENYANYI dari Ireland Rebecca O’Connor bakal menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur selama tiga malam bermula 11 hingga 13 Julai depan. 

Terkenal dengan genre muzik rock & roll, O’Connor menjadikan penyanyi legenda, Tina Turner sebagai idola sekali gus menjanjikan persembahan bertenaga dan tidak menghampakan penonton. 

Konsert yang diberi nama Simply The Best itu bertujuan bagi meraikan bintang kesayangannya iaitu Turner. Bukan sahaja O’Connor, bahkan penyanyi berusia 84 tahun itu telah menjadi inspirasi buat ramai orang. 

O’Connor mula mencuri perhatian menerusi program nyanyian The Voice Australia. Di situ, dia telah berjaya meraih pujian Turner sendiri. 

Beberapa lagu hit Turner seperti Nutbush City Limits, Proud Mary dan Simply the Best versi O’Connor bakal diperdengarkan pada konsert itu nanti. 

Terpesona dengan perjuangan muzik Turner sejak kecil, idolanya itu berjaya menghidupkan semangat O’Connor untuk menjadikan muzik sebagai kerjaya sekali gus bergelar penghibur. 

Pertama kali saya mendengar Turner, berasa seperti ada letusan gunung berapi yang berlaku dalam diri saya. Saya tahu dia wanita hebat dan akan menjadi idola saya selamanya. 

“Persembahan Simply The Best Concert: Celebrating Tina, the Queen of Rock N Roll akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh peminat dan bintang baharu tanah air. 

“Diharapkan nanti, penonton yang hadir dapat turut sama menari dan gembira menonton persembahan,” katanya. 

O’Connor juga merupakan juara rancangan realiti popular di Eropah iaitu Stars In Their Eyes sehingga meledakkan namanya di seluruh Eropah, United Kingdom, Australia, Barbados, Afrika Selatan dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

Menarik mengenai konsert tersebut, potongan sebanyak 25 peratus bagi pembeli tiket Early Birds buat pemegang kad Maybank. Sebarang maklumat lanjut layari www.milestone-entertainment.com. 

Tiket dijual bermula pada harga Premium RM638 | VIP RM538 | CAT A RM398 | CAT B RM298 | CAT C RM198 dan Platinum Box RM4,800 untuk enam orang.  

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok