Raja Ilya umum hamil anak kedua

Pelakon Raja Ilya mendedahkan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Ilya, 38, memgumumkan khabar gembira tersebut menerusi perkongsian dalam Instagramnya dengan memuat naik foto menunjukkan ‘baby bump’ dan imbasan ultrabunyi.

Dua kali ganda cinta, dua kali ganda kegembiraan. Lebih ramai, lebih meriah.

“Kami sangat gembira untuk umumkan. Dua kali cinta dan lampin kotor. Pusingan kedua,” kongsinya.

Meninjau ke ruangan komen, rakan-rakan artis dan netizen mengucapkan tahniah di atas kehadiran permata hati keduanya.

Alhamdulillah, tahniah cantik,” ujar  pelakon Jasmin Hamid.

“Tahniah Raja Ilya! Talita akan ada adik!” kata peminat.

“Tahniah Ilya, semoga semuanya dipermudahkan,” ujar peminatnya.

Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Australia, Trent Garret pada 23 Disember 2018 di Perth.

Hasil perkhawinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Talita Love yang kini berusia tiga tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok