Nana padam tatu demi ibu

Akur dengan permintaan ibu tersayang, anggota kumpulan Afterschool, Nana terpaksa membuang semua tatu di tubuhnya.

Ujar penyanyi berusia 32 tahun itu, tatu adalah sebahagian caranya melepaskan emosi selain ingin berkarya. 

Menerusi foto terbaharu yang dimuat naik dalam media sosial, peminat dapat lihat ukiran tatu Nana kian pudar dan hanya ada kesan parut. 

Usaha baiknya itu bagaimanapun dikritik segelintir netizen yang melabelnya sebagai anak yang degil meski sudah tahu ibu bapanya tidak merestui tindakan mencacah tatu. 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok