BIJAK mengambil peluang apabila InstaStorynya mencatat hampir 80,000 tontonan sejak nama meledak dengan kontroversi, pelakon Muaz Zabir mengajak orang ramai mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.
Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 27, dalam hantarannya meminta netizen sedekahkan bacaan al-Fatihah dan doa buat saudara Islam di sana.
Alang-alang hampir 80,000 yang melihat ‘story’ saya kebelakangan ini, apa kata kita sedekahkan al-Fatihah dan doakan saudara kita di sana.
“Mari kita lakukan apa yang kita mampu,” katanya.
Menerusi hantaran sama, pelakon drama Iskandar Chempaka itu turut mengajak saudara bukan Islam untuk bersuara tentang Palestin atas dasar kemanusiaan.
Kepada kawan saya yang bukan beragama Islam, anda juga boleh melakukannya dengan cara anda sendiri.
“Kerana ini bukan hanya tentang agama, tetapi tentang kemanusiaan,” jelasnya.
Terdahulu, nama Muaz yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Fit To Action semakin dikenali apabila didakwa menjalin hubungan istimewa dengan Bella yang juga isteri kepada penyanyi Aliff Aziz tahun lalu. – HIBGLAM