Mantap! Adik Meerqeen dapat 9A SPM

TIADA apa yang lebih membanggakan buat pelakon Meerqeen selaku abang selain melihat adik tersayang berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, berkongsi khabar gembira itu menerusi sembuah video yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

9A, mantap. Tahniah adik,” katanya ringkas.

Berdasarkan keputusan tersebut adiknya, Muhammad Shafeeq Shauqeen Shaiful Izam, 18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor mengambil 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM.

Antara subjek yang mendapat keputusan A Cemerlang dan A Cemerlang Tinggi ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuteraan, Pengajian Kejuteraan Awam dan Fizik.

Sementara subjek Kimia pula mendapat keputusan B+ Kepujian tertinggi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok