Lapor segera pautan palsu mengenai diri saya – Nina Islandar

PELAKON Nina Iskandar kesal apabila ada pihak  menyalahgunakan gambar dan namanya untuk menyebarkan kenyataan palsu.

Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 33, berkata, aktiviti penipuan itu dikesan apabila wujud beberapa hantaran dalam media sosial yang memiliki maklumat tidak sahih mengenai dirinya.

“Saya menyedari ada kegiatan yang menggunakan nama dan gambar untuk menyebarkan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan.

“Saya ingin menjelaskan kepada semua bahawa saya tidak terlibat dengan mana-mana pihak yang membuat tuntutan tidak berasas.” katanya dalam satu kenyataan dalam Instagram.

    TANGKAP layar luahan kecewa Nina Iskandar apabila nama dan gambarnya disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Pelakon drama Tolong Aku Doktor Cinta itu turut meminta agar orang ramai yang menerima sebarang hantaran mengaitkan dirinya tidak klik pada pautan yang diterima.

Katanya, individu yang melihat hantaran tersebut perlu membuat laporan kepada pihak berwajib atau membuat aduan platform digital.

“Saya mohon mereka yang melihat sebarang hantaran atau menerima pautan melibatkan perkara yang tidak benar mengenai saya, lapor segera,” katanya.

Nina bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai kandungan palsu mengaitkan namanya dalam media sosial.

Sebelum ini, Nina pernah menjadi mangsa berita palsu di Facebook yang mengatakan dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok