Langgar teksi, Kim Ho-joong mengaku mabuk

PENYANYI trot terkenal, Kim Ho-joong akhirnya membuat pengakuan bersalah memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan.

Dia memohon maaf kerana tidak berlaku jujur kepada pihak polis sepanjang beberapa hari siasatan sebelum ini.

Dia berjanji akan memberikan kerjasama kepada polis selepas ini dan menyesali tindakannya.

Sebelum ini, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan kereta milik Ho-joong melanggar sebuah teksi dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Mulanya, dia menafikan dakwaan tersebut dan tetap mengadakan konsert selepas melakukan kekacauan.
Namun, konsertnya di Gimhae yang dijadualkan pada 1 dan 2 Jun telah dibatalkan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok