Konsert sulung tanpa Syasya, Dolla tak goyang

MESKI tinggal bertiga kumpulan Dola yakinkonsert sulung mereka, Dolla Re:Birth The Experience akan berlangsung dengan jayanya.

Menurut Tabby atau nama sebenarnya, Tabitha Ariel Lam, 24, fokus mereka kini adalah memperkemaskan persembahan dan tiada perancangan menggantikan posisi Syasya.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kami mahu fokus persembahan secara bertiga.

“Kami ingin perkukuhkan keserasian dan kreativiti tidak kira untuk persembahan atau apa sahaja aktiviti bersama,” katanya.

Bagaimanapun, Dolla tidak menolak sebarang kemungkinan yang bakal berlaku pada masa akan datang.

“Buat masa ini memang kami fokus kepada persembahan secara bertiga, Bagaimanapun, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Dolla menzahirkan rasa sedih apabila bakal beraksi dalam konsert sulung yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan tanpa Syasya.

“Perasaan bercampur-baru tetapi kami akan berusaha memberikan persembahan terbaik buat peminat.

“Bukan sahaja di Malaysia, diharap peminat dari pelbagai negara termasuk Singapura dapat hadir menyaksikan persembahan kami nanti,” katanya.

Menerusi konsert berdurasi 90 minit itu, Dolla akan mempersembahkan lagu original mereka.

Tiket berharga RM149 hingga RM9,888 akan mula dijual pada 30 Mei nanti di www.hitmanlive.com.

Sebelum ini, Syasya mengumumkan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut atas sebab peribadi.

Berita mengejutkan itu dikongsi selepas Dolla berjaya mencipta nama di China menerusi program Show It All. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok