Kongsi video ada Aliff Aziz, Idzham Ismail teruk kena hentam

GARA-GARA memuat naik video bersama selebriti kontroversi Aliff Aziz menerusi TikTok, pelakon Idzham Ismail dikecam hebat netizen.

Rata-rata pengguna media sosial tidak berpuas hati dengan menyifatkan Idzham tidak peka dengan apa yang berlaku.

Biarpun teruk dikritik, Idzham, 35, meminta agar peminat tidak terlalu cepat menjatuhkan hukum dan biarlah Tuhan yang menentukan.

Kita boleh tidak setuju tetapi biarkan perbuatan dia dengan hal mereka diselesaikan mereka sendiri.

“Kita doakan yang terbaik untuk kita,” katanya.

Difahamkan video tersebut diambil ketika sesi penggambaran drama Terjerat yang menyaksikan Idzham bergandingan dengan Aliff dan Ruhainies.

Kontroversi Aliff tercetus apabila dia ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Susulan itu Bella Astillah membuat tuntutan cerai, namun Aliff enggan melepaskan isterinya atas alasan masih sayangkan rumah tangganya.

Sebagai rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok