Selepas lima tahun meringkuk dalam penjara, penyanyi Jung Joon-young memutuskan untuk kembali semula dalam industri seni demi kelangsungan hidup.
Pun begitu, lelaki berusia 35 tahun itu tidak akan kembali menyanyi sebaliknya mahu menyambung kerjaya di belakang tabir sebagai penerbit muzik.
Penyanyi itu dikatakan mengambil keputusan berkenaan kerana takut dengan hamburan kata nista dan caci maki netizen terhadapnya dek perbuatan jahatnya sebelum ini.
Seperti dijangka, netizen dalam media sosial rata-ratanya menentang keputusan Joon-young selain menyifatkan bekas banduan jahat sepertinya tidak layak diberikan peluang kedua.
Dalam penjara tidak ada cermin ke? Sedar diri sikit kau banduan, masa buat jahat tidak pula kau fikir masa depan. Lagipun suara kau bukannya sedap mana pun,” komen netizen itu.
“Kalau sudah jahat memang susah orang nak percaya, banduan macam kau tidak layak dalam muzik industri, takut jadi perosak pada yang lain,” demikian komen seorang lagi netizen.