Kapsyen mengundang, Afifah Nasir kena sembur

MASIH dalam fasa berbulan madu sekali gus menjadikan laman sosial pelakon Afifah Nasir sebagai tumpuan ramai.

Terbaharu, adik kepada pelakon Anzalna itu meraih kecaman apabila menggayakan gaun kelihatan seperti baju tidur rona hitam.

Bukan fesyen terbabit yang mencetuskan perhatian, sebaliknya kapsyen dalam hantaran tersebut disifatkan ‘mengundang’.

Kena selalu cantik untuk suami,” demikian keterangan video tersebut yang mengundang sindiran netizen dalam ruangan komen.

Rata-rata mempersoalkan tindakan Afifah berkongsi video sedemikian sambil bergaya ala model dalam laman sosial buat tatapan ramai termasuk lelaki lain.

Begitupun, ada dalam kalangan peminat menegaskan akaun berkenaan bukan kepunyaan Afifah, tetapi kelab peminat.

Mizz Lahar: Baru rapat sikit dengan kerabat diraja sudah rasa macam dunia ini dia yang punya!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok