PENYONDOL dengan suami siapa yang patut disalahkan? Hello! Salahkan dua-dua.”
Itu pandangan yang dilontarkan pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta, 51, mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga yang ketika ini digelar sebagai penyondol.
Menurut Che Ta, kemunculan watak penyondol dalam hubungan suami isteri tidak akan terjadi sekiranya mana-mana pihak khususnya suami tak membuka peluang untuk disondol.
“Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. It takes two tango (masalah yang melibatkan dua belah pihak).
Kalau saya, aku sesah (belasah) sahaja kedua-duanya. Jangan bagi peluang kepada lelaki itu. Kalau dia tak mula, takkanlah semuanya terjadi,” katanya dalam sebuah video TikTok.
Dalam video sama, dia turut mengingatkan suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin agar tidak menjalin hubunngan dengan wanita lain.
“Kalau saya, dua dua saya santau, sesuai dan puas hati
Takkanlah Zain berani, dia nak keluar rumah pun kadang-kadang takut, isteri pula adakalanya macam harimau,” ujarnya dalam nada berseloroh. – HIBGLAM