Kacaknya kekasih baharu Zarina Anjoulie!

LAMA tak dengar perkembangan terkini pelakon sensasi, Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju.

Selepas pendedahan mengenai bekas tunangnya, Anju kini dilihat sedang diulit bahagia dengan seorang lelaki kacak.

Fasa bahagia yang dilalui itu dikongsikan menerusi foto dengan individu terbabit dalam media sosial.

Daripada kapsyen gambar tersebut, terserlah kesungguhan teman istimewanya yang sanggup terbang dari Singapura untuk makan bersama-sama.

Dalam hati Mizz Lahar, apa jadi dengan hubungannya dengan Datuk Seri Khazrul Elzey?

Apapun, kita doakan yang terbaik buat Anju dan kekasih baharu.

Menerusi ruangan komen ramai beri ‘lampu hijau’ andai benar kedua-duanya bercinta.

Mizz Lahar : Ada dua rakan baik bermasam muka gara-gara berebut seorang lelaki.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok