452
SELEPAS meninggalkan rancangan popular Running Man pada Oktober tahun lalu dan agensinya pada minggu lalu, ramai risau memikirkan perjalanan karier seni pelakon Jeon So-min.
Lebih membimbangkan apabila So-min bertindak menjauhkan diri daripada khalayak selain jarang memuat naik hantaran dalam Instagram.
Menghargai keprihatinan yang ditunjukkan peminatnya, So-min memuat hantaran dalam InstaStory bahawa dirinya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Meski merindui aksi selamba So-min, peminat mula reda dengan apa sahaja keputusan So-min membabitkan kerjaya seninya.
“Saya mahu dia kembali sebagai pelakon dan penghibur tetapi saya bahagia melihatnya gembira menikmati rehat yang panjang,” ujar seorang peminat. – HIBGLAM