“BOSAN asyik cerita penyondol!”
Demikian luahan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang mengakui berasa bosan dengan lambakan kisah curang dan penyondol.
Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, perasaan itu timbul susulan setiap kali melayari media sosial pasti akan melintas paparan kontroversi membabitkan beberapa selebriti.
“Saya sudah bosan dengan berita yang sama.
Asyik keluar isu penyondol, curang dan rumah tangga orang. Bila hendak habis? Berapa ratus episod?” katanya dalam TikTok.
Seloroh Uyaina, bagi menangani rasa jemu dia memilih melihat kandungan berkaitan agama berbanding cerita kontroversi selebriti tempatan.
“Pelik, buka Instagram, TikTok dan aplikais X cerita yang sama.
Tahun bila nak habis ini? Penatlah, baik buka kandungan mengaji al-Quran. Lebih bagus kan?” katanya lagi.
Lebih menarik perhatian ramai apabila Uyaina meluahkan rasa itu dengan menggunakan ‘bahasa F’.
Teruja dan kagum dengan kelancarannya berbahasa F, rata-rata netizen memuji selain menyokong kenyataan hos program Wanita Hari Ini itu.
Ingatkan Uyaina cakap dengan bahasa Turki atau Sepanyol, rupa-rupanya bahasa F.
“Seronok tengok dia lancar guna bahasa F. Ini bahasa rahsia zaman sekolah!” komen netizen.
Sekadar info, bahasa F yang popular digunakan sekitar tahun 1990-an sering digunakan mana-mana individu untuk berbual perkara yang enggan diketahui pihak lain. – HIBGLAM
View this post on Instagram