PELAKON jelita Rita Rudaini menasihati rakan selebriti agar tidak dihantui perasaan risau sekiranya kehilangan tawaran kerja.
Menurut Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, situasi tersebut pernah dilaluinya suatu ketika dahulu berikutan tidak mengambil vaksin Covid-19 kerana percaya dengan rezeki Allah.
“Kalau yakin rezeki itu datang daripada Allah, insya-Allah. Jangan risau dan takut.
Saya sudah pernah lalui zaman vaksin dahulu. Tiada vaksin, tiada pekerjaan untuk awak Rita.
“Namun, dia orang lupa yang saya ada Allah. Dia yang pegang rezeki saya,” katanya menerusi hantaran InstaStory.
Tanpa mendedahkan tujuan sebenar mengeluarkan kenyataan tersebut, rata-rata percaya Rita merujuk kepada gerakan Blockout 2024 yang sedang berlaku ketika ini.
Sebelum ini, beberapa selebriti tanah air disenaraikan dalam gerakan Blackout 2024 selepas didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan jenama penyokong Israel.
Antara selebriti Malaysia yang berada dalam senarai sama ialah Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Daiyan Trisya, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.
Susulan itu, netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti-selebriti terbabit. – HIBGLAM