Ingat aku ‘bebal’ pasal sistem perundangan? – Beto Kusyairi

Cantik sungguh bahasa mamat ni, komen asal aku lebih kepada mangsa.”

Demikian penjelasan pelakon versatil, Beto Kusyairy apabila tidak semena-mena dicop bodoh oleh seorang netizen yang tidak memahami komen ditinggalkan dalam hantaran dibuat pelawak Achey.

Ujar Beto atau nama sebenarnya sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, komen ditulis merujuk kepada mangsa kemalangan iaitu atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias.

Enggan diperkotak-katikkan individu biadab, pelakon filem Imaginur itu turut menegaskan bahawa dia memahami sistem perundangan negara ini.

Dia ingat aku ni ‘bebal’ pasal sistem perundangan agaknya,” tambahnya.

Perkara tersebut merujuk kepada keratan berita dikongsikan Achey dalam Instagram bertajuk ‘Pemandu mabuk langgar atlet kayak dibebaskan dengan jaminan polis’.

Terkesan dengan keadaan mangsa yang parah, Beto meninggalkan komen menzahirkan kesedihan terhadap nasib atlet berusia 22 tahun itu.

Apa ni, astaghfirullah. Sedihnya,” tulisnya.

Namun seorang individu menyangka Beto  tidak faham dan mempersoalkan isu jaminan polis terhadap pemandu mabuk terbabit sehingga menyelar aktor itu.

Yang si Beto ni pun sama bebal memalukan. ‘Study’ dulu apa maksud ‘dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kemudian baru komen. Suspek tu bukannya dibebaskan terus, cuma tempoh tahanan lokap telah tamat sahaja. Suspek belum bebas.

Dia akan diheret ke mahkamah nanti lepas siasatan polis lengkap. Kemudian terus jatuh hukuman. Study dulu bro. Jangan ikut sama ‘kebebalan’ netizen Malaysia ni,” tulis lelaki berkenaan.

Tangkap layar komen netizen terhadap  Beto yang dianggap tidak memahami senario kes.

Terdahulu, Siti Nurul Masyitah mengalami kecederaan parah dalam nahas di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Johor.

Dilaporkan motosikal ditunggangnya telah dirempuh dan diseret sejauh 100 meter dengan sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki mabuk. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok