REZEKI melimpah-ruah hasil kerja keras, anggota kumpulan Seventeen, Hoshi dilaporkan berjaya membeli kondominium mewah berharga sekitar RM18 juta secara tunai.
Menurut sebuah laporan, kondominium tersebut mempunyai keluasan sekitar 149 meter persegi dan berjiran dengan selebriti terkenal seperti Yoo Jae-suk dan pelakon popular Han Hyo-joo.
Lebih menarik, idola berusia 27 tahun itu merupakan pembeli dan pemilik termuda yang berjaya mendiami di kawasan kediaman elit itu.
Rata-rata peminat memuji kesungguhan jejaka tampan itu mengumpul aset dan tidak hanya menghabiskan wang.
“Bagus muda lagi dah ada aset, itu paling penting, Hoshi nampaknya tidak terleka dalam kemewahan, dia bekerja keras untuk mencapai impiannya. Taniah!” demikian komen peminat itu. – HIBGLAM