Hikmah bermadu, Umisya dilimpahi rezeki berganda

Selepas lima bulan menjalani kehidupan berpoligami, madu kepada Marissa Dania Hakim, Umisya Mazlan mengakui pahit manis dilalui mempunyai hikmah tersendiri.

Umisya, 24, atau mesra disapa Misya berkata, banyak rezeki tidak dijangka muncul ketika dia berdepan dengan fasa sukar.

Banyak hikmah yang saya nampak. Antara hikmahnya adalah rezeki datang secara tiba-tiba. Kalau tak, orang tak tahu saya pun.

“Bukanlah nak kata saya berjaya, tapi adalah sikit, alhamdulillah,” katanya dalam sesi temubual santai dalam video dikongsikan dalam TikTok.

Isteri pertama kepada Ahmad Aslam itu turut mengakui tetap tenang biarpun hal rumah tangga mereka menjadi bualan ramai.

Bahkan, sepanjang mengharungi tempoh ini dia berpeluang memperuntukan masa untuk diri sendiri.

“Kalau nak diikutkan saya rasa tenang. Tenang sebab saya ada masa sendiri dan ada masa untuk ‘me time’.

“Tak payah nak pening-pening kepala kan,” ujarnya yang kini bergelar pempengaruh media sosial itu serta duta jenama pelbagai produk.

Selain duta, Misya turut mendapat tajaan pakej percutian termasuk ke Switzerland serta mengerjakan umrah.

Kemelut rumah tangga ibu anak dua bersama Aslam menjadi perhatian umum selepas suaminya itu bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.

Rumah tangganya yang pernah bergolak dengan kehadiran anak Abby Abadi dan Norman Hakim itu terlerai seketika namun mereka rujuk semula sebelum kontroversi pernikahan Aslam dan Marissa terbongkar.

Begitupun, dipercayai Misya dan Marissa sudah berdamai dengan takdir apabila masing-masing memilih menjalani kehidupan berpoligami dengan tenang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok