Hebat! Alvin Chong, Min-hyuk CNBLUE lepak sama

NAMPAK biasa-biasa sahaja, tapi bukan calang-calang rupa-rupanya kenalan kepada pelakon Alvin Chong bila dia berada di luar negara.

Baru-baru ini, Alvin Chong dilihat menghabiskan masa bersama penyanyi dan pelakon terkenal Korea Selatan, Kang Min-hyuk CNBLUE di Seoul.

Katanya, mereka bertemu di sebuah acara di Milan, Itali, sebelum berjumpa semula di Jakarta, Indonesia dan semasa ‘turun’ ke negara ‘kimchi’ itu baru-baru ini.

Akrab betul mereka. Siapa yang minat Kang Min-hyuk mesti makan hati punya.

Melihat perkongsian Alvin dalam media sosial, ada pengikut yang memintanya menyampaikan pesanan kepada Min Hyuk datang lagi mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Tak cukup setakat tengok dari jauh pada April lalu.

Mizz Lahar: Gara-gara kuat menyampuk ketika artis ulas isu boikot dan Palestin, seorang pengurus teruk kena kecam. Bijak sikit lain kali.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok