Hati Park Seo-joon kini milik aktres AS?

Meledak dalam media sosial aktor Park Seo-joon dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres dari Amerika Syarikat (AS) iaitu Lauren Tsai.

Lebih menguatkan dakwaan tersebut apabila tular foto lelaki berusia 35 tahun itu bersama seorang wanita tidak dikenali ketika berada di Jepun.

Menurut laporan media tempatan, mereka terserempak dengan Seo-joon bersama wanita dipercayai Lauren yang membintangi siri Netflix berjudul Terrace House.

Tempoh hari terserempak dengan Seo-joon. Kami sahaja yang perasan, namun kakitangan Seo-joon meminta untuk kami merahsiakannya,” katanya.

Diasak bertalu-talu, agensi pelakon tampan itu, Awesome ENT tampil memberi kenyataan, namun tidak dapat mengesahkannya kerana perkara tersebut merupakan hal peribadi artis naungan mereka.

Kami harap anda faham bahawa kami tidak boleh mengesahkan perkara peribadi di luar jadual rasmi pelakon (Seo-joon) itu,” ujarnya.

Sebelum ini, Seo-joon juga pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi Xooos, namun kedua-dua mereka tidak pernah mengesahkan tentang khabar angin tersebut.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok